Monday, April 18, 2016

Perancangan ♥

"Aku tak percayakan perancangan
sebab aku akur hidup telah ditentukan
tapi bila kita sama-sama mula mesyusun
rancangan strategi dan plan masa depan
hati dan jiwa aku menguntum senyuman
kerana disitu aku nampak keyakinan
dan arah serta tujuan sesebuah hubungan
ia bukan sekadar permainan"



pssstt : Alhamdulillah kami telah sah diijabkabulkan pada 28 November 2015 bersamaan 16 Safar 1437H.

Tuesday, September 17, 2013

hai semua.

assalamualaikum.

hai semua. korang semua sihat? hope semua kawan2 aku sihat disamping orang yang disayangi.
sesaje nak update blog ni. memang dah bersemak.takde masa nak update.

susah jugak nak cari kerja yang bagus ni kan,maksud aku kerja betul2 padan dengan kita. yang kita selesa.
ramai yang nak dapat kerja kerajaan, tapi bukan senang kan. nasib2 jela kalau dapat tu. rezeki masing2 kan.

aku sekarang dah kerja, dekat sini, dekat sebelah tempat aku duduk. felda sebelah. company biasa. buat masa ni kerjanya tak susah, okay jelah. semua okay. takde la susah. lagipon dekat je. amek masa dalam 15 ke 20 minit. tapi kalau aku bawak moto tu laju,sekejap je. hehe.

abah dengan mak macam tak berapa nak kisah sangat aku kerja situ sekarang. tapi kadang2 tu mereka macam mengharapkan kakak2 dan abang2 aku tolong. bukan senang nak tolong. lagipon aku malas nak
mengharap sangat. kalau mengharap sangat,nanti tibe2 tak dapat. sedih bebenorrrr nanti.

abah dengan mak pon macam nak aku sambung study. dah abg aku fahmi tu jadi cikgu,mereka pon macam nak suruh aku jadi cikgu. cita2 nak jadi cikgu ni pernah ada dalam list aku. hehe. tapi tu lah, mase kecik2.
nak jadi cikgu math,tapi math macam haremmmmm. hahaha.

so aku kene tolak cita2 tu. then nak jadi polis. polis?? haha. badan kering macam aku ni boleh ke jadi polis?
susah kan. lagipon aku memang minat sangat jadi polis ni. my abah macam cool je bila aku nak jadi polis.
but sampai kat mymak, tak bagi. die risau anak die ni jadi pape,mana tahu kne kejar perompak ke ape ke,
mak macam takot. hehehe.

takpelah,aku percaya rezeki ada dimana2. janji usaha. selagi ada peluang. cuba. janji kita mencuba. dapat
atau tak itu belakang cerita. so goodluck pada semua kawan2 yang tengah stdy,kerja dan yang masih mencari kerja yang baik macam aku ni.

byeeeeee!

Wednesday, June 12, 2013

kaki ku .



Assalamualaikum. semalam petang aku main takraw,boleh terseliuh pulak. sakitnya sekejap je mula2,aku boleh jalan lagi. tapi aku tak boleh sengetkan ke kiri dan kanan. aku balik2 terus mengadu domba la kat mak bapak aku. mak aku suh la bapak aku bawak aku pergi umah jiran aku ni,die pandai urut. bapak aku pulak wat lawak. die cakap main takraw pg sorang2,ni terseliuh sebab takraw pg la urut sorang2. perghhhh.. sedihhhhh. pastu terus pg la umah jiran aku ni,  bapak aku bawak naik motor lg,padahal blakang uma je..

sampai2,urut,die cakap aku kene simpul biawak,apa tu? hahaha. die kata kene kurangkan minum ais,die kata aku kuat minum ais. air batu tau,bukan "ice" yang boleh mlayang2 kepala tu. hahaha. tapi memang sakit die urut, aku nak menjerit je,tahan jela. huhhh. aku pnah banyak kali terseliuh macam ni,tapi kali ni tak teruk sangat,dulu bengkak gila2 punya.

hmmm,tapi paling sedih ahad ni ada game takraw,membe aku si epin ajak. yaAllah,korang paham2 la perasaan aku kan. aku harap sangat,esok or lusa baik,aku nak main jugak. aku dah lama tak main game takraw lua ni. last main mase tertutup kat perak,tahun lepas kalau tak silap aku lah.

tu je aku nak kongsi. byee.